Best regards,
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts
Monday, October 14, 2019
Thursday, October 17, 2013
PARADIGMA BARU tentang KEPEMIMPINAN
Setiap manusia pada dasarnya adalah pemimpin, memimpin dirinya sendiri dan
orang-orang lain dii sekitarnya untuk mencapai tujuan bersama. Memimpin berarti
membangun sebuah tim yang dapat secara efektif dan efisien meraih sasaran yang
tepat. Karena sesungguhnya setiap orang, tidak peduli siapapun dia, selalu
terlibat atau melibatkan diri dalam pembangunan suatu tim. Manusia diciptakan
untuk menjadi pemain tim dan dirancang untuk berfungsi dalam jalinan dan
hubungan saling ketergantungan dengan orang lain (interdependence dalam
istilah Stephen Covey, penulis The 7 Habits of Highly Effective People).
Sunday, January 27, 2013
Pengetua
Selamat berpindah tuan pengetua.... En Md Bakhari Bin Che Tam.. ke SMK Seri Enggang, Sik, Kedah.... Moga tuan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di sana.... Terima kasih atas segalanya.
Best regards,
Saturday, January 26, 2013
PENGURUSAN
Takrif / Definisi Pengurusan dan Pentadbiran.
Pengurusan:
1. Melaksanakan sesuatu melalui manusia.
2. Satu proses sosial
dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan
ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau
matlamat.
3. Melibatkan proses kemanusiaan.
Pentadbiran:
Adalah satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan,
pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga
manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
Kesimpulan:
1. Tiada garis pemisah
yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran, Boles dan Davenport (1976)
menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi
aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis, mengawal dan menyebar
maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2. Wilfird Brown juga
bersetuju bahawa pentadbir dan mengurus adalah satu peranan di mana kerja-kerja
diagihkan kepaa pembantu-pembantu dan pengurus dan pentadbir mengambil kira
hasilnya.
Wednesday, January 16, 2013
Friday, January 4, 2013
PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS
Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar.
Thursday, December 27, 2012
Tahniah Dan Selamat Berpindah
En Azizan Abdul Hamid, Pegawai Sains Matematik dari PPD Baling Sik telah berpindah ke SMK Parit Panjang, Baling, Kedah sebagai Penolong Kanan 1... Tahniah untuk beliau.
Best regards,
Subscribe to:
Posts (Atom)



