Wednesday, October 9, 2019
Sunday, September 8, 2019
Thursday, February 9, 2017
Friday, January 4, 2013
GAUT / GOUT
GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.
Best regards,
Thursday, February 10, 2011
Sunday, August 1, 2010
Sunday, November 15, 2009
Friday, November 6, 2009
Thursday, October 29, 2009
Teknik Menjawab Soalan Kimia 1 (2009)
Terima Kasih Daun Keladi
Kalau Boleh, Tahun Hadapan Datang Lagi....
Teknik menjawab ini adalah sebahagian daripada program Kem Kecemerlangan Sains SMKA Baling 2009...
Sunday, October 25, 2009
KEM KECEMERLANGAN SAINS 2007
Kem Kecemerlangan Sains yang diadakan di Pulau Tali Kail, Tasik Temenggor, Banding, Perak Darul Ridzwan....
Read more.....
Ini adalah merupakan kem Kecemerlangan Sains kali yang ke dua
Koridor Maklumat


Koridor Maklumat di semua tiang di sekolah
Read more.....
Sejauh manakah maklumat ini dimanafaatkan oleh pelajar????
Tuesday, August 4, 2009
Trial 2009 (Insya Allah kalau betul laaaa.... )
Blogger not responsible for any difficulty.....
baca lagi maklumat trial nih......
For Paper II
Structural Questions Section A (90 minutes)
1. Periodic Table – Analysis the elements in the table
2. Rate of Reaction – The concentration of sodium thiosulphate (graph)
3. Acid & Base – neutralization (strong & weak acid & alkali)
4. Haber / Contact process – equations – catalyst
5. Heat of Neutralization / Combustion – definitions, Q = mc / H = ? / energy level diagram
6. Soap / Detergent – structure of molecules / differences / cleansing Action / Additives
Essey Questions Section B (60 minutes)
7. Chemicals Bonding – Ionic / Covalent / structure of atom
8. Hydrocarbon / Alcohol / Esterification / Latex / Alkane vs Alkene
Essey Questions Section C (60 minutes)
9. Redox reaction – Chemical cell / U tube / rusting / empirical formulae
10. Salt (Preparing Insoluble / Soluble salt)
(Paper III)
1. Electrochemical Series / reactivity series
2. Strength of Alloy compared to Metal
Thursday, February 26, 2009
FUNGSI OTAK KIRI
Otak kita ada dua bahagian, otak kiri dan otak kanan. Otak kiri mengawal bahagian kanan badan manakala otak kanan pula mengawal bahagian kiri badan. Jika Anda nak memahami apa fungsi otak kiri, ia mengawal segala apa yang berkaitan dengan logik.
Antaranya seperti:
- Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
- Menyimpan data dan fakta
- Menganalisis
- Memahami logik, bahasa dan matematik
Orang yang meminati angka, nombor, suka subjek perakaunan, pengurusan wang atau meminati hal-hal teknikal komputer, dia tergolong sebagai orang yang banyak menggunakan otak kiri. Penganalisa data juga adalah orang banyak menggunakan otak kiri.
Untuk nak berjaya, Anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak kanan dan otak kiri. Jika Anda terus menerus menjadi orang yang banyak menggunakan otak kiri, pencapaian Anda statik.
Wednesday, February 25, 2009
FUNGSI OTAK KANAN
Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika Anda berjumpa dengan seorang yang pada pandangan Anda amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
- Imaginasi
- Berfikir secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi (gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.
Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.
Jadi, jika Anda menyedari apa bakat Anda dan apa kebolehan Anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.
Petikan dari Dr Sukri Abdullah...
Sunday, February 22, 2009
LANGKAH KESELAMATAN & PERATURAN MAKMAL SAINS

KEBENARAN GURU
- Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.
- Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.
- Bahan kimia dan alat radas tidak boleh dialih dan dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
- Gunakan batang mancis atau pemetik api untuk menyalakan penunu Bunsen. Setelah diguna, batang mancis mesti dipadam sebelum dibuang ke dalam bakul sampah.
- Jangan nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan kepingan kertas. Padam penunu Bunsen setelah digunakan.
- Jangan buang bahan-bahan pepejal ke dalam sink. Bahan-bahan pepejal mesti dibuang ke dalam bakul sampah.
- Baca label pada botol reagen sebelum digunakan.
- Jangan membazir bahan kimia. Ambil bahan-bahan kimia dalam kuantiti yang telah ditetapkan oleh guru anda. Jangan masukkan semula bahan kimia yang berlebihan ke dalam botol asalnya.
- Jangan membazir gas, air dan juga tenaga elektrik.
- Jangan bermain, bergurau atau berlari di dalam makmal.
- Jangan gunakan jari untuk mengendalikan bahan-bahan kimia. Sebaliknya, gunakan spatula untuk mengendalikan bahan-bahan kimia yang berbentuk pepejal dan penitis untuk mengendalikan bahan-bahan yang berbentuk cecair atau larutan.
- Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya. Oleh itu, jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia.
- Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. Anda juga tidak boleh makan dan minum di dalam makmal.
- Semasa memanaskan bahan-bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut tabung uji itu ke arah diri anda atau rakan-rakan anda.
KECEMASAN
- Jika asid atau alkali terkena kulit atau mata, basuh dengan air yang banyak.
- Jika asid atau alkali termasuk ke dalam mulut, ludahkannya dengan serta merta dan basuh mulut dengan air yang banyak.
- Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas lantai sementara menunggu guru anda memadamkan api itu dengan menggunakan gebar (selimut api).
- Jika berlaku kebakaran, anda mesti mematuhi semua peraturan kebakaran sekolah anda.
- Laporkan semua kemalangan kepada guru anda dengan serta merta.
KEBERSIHAN
- Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan dan kembalikan ke tempat asalnya.
- Buang semua bahan pepejal ke dalam bakul sampah dan bukannnya ke dalam sinki.
- Bersihkan tempat anda setelah menjalankan eksperimen. Tinggalkan makmal dalam keadaan yang bersih dan kemas.






