Sunday, February 22, 2009

LANGKAH KESELAMATAN & PERATURAN MAKMAL SAINS



KEBENARAN GURU

  1. Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.

  2. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.

  3. Bahan kimia dan alat radas tidak boleh dialih dan dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
KESELAMATAN
  1. Gunakan batang mancis atau pemetik api untuk menyalakan penunu Bunsen. Setelah diguna, batang mancis mesti dipadam sebelum dibuang ke dalam bakul sampah.

  2. Jangan nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan kepingan kertas. Padam penunu Bunsen setelah digunakan.

  3. Jangan buang bahan-bahan pepejal ke dalam sink. Bahan-bahan pepejal mesti dibuang ke dalam bakul sampah.

  4. Baca label pada botol reagen sebelum digunakan.

  5. Jangan membazir bahan kimia. Ambil bahan-bahan kimia dalam kuantiti yang telah ditetapkan oleh guru anda. Jangan masukkan semula bahan kimia yang berlebihan ke dalam botol asalnya.

  6. Jangan membazir gas, air dan juga tenaga elektrik.
  7. Jangan bermain, bergurau atau berlari di dalam makmal.

  8. Jangan gunakan jari untuk mengendalikan bahan-bahan kimia. Sebaliknya, gunakan spatula untuk mengendalikan bahan-bahan kimia yang berbentuk pepejal dan penitis untuk mengendalikan bahan-bahan yang berbentuk cecair atau larutan.

  9. Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya. Oleh itu, jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia.

  10. Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. Anda juga tidak boleh makan dan minum di dalam makmal.

  11. Semasa memanaskan bahan-bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut tabung uji itu ke arah diri anda atau rakan-rakan anda.


KECEMASAN
  1. Jika asid atau alkali terkena kulit atau mata, basuh dengan air yang banyak.

  2. Jika asid atau alkali termasuk ke dalam mulut, ludahkannya dengan serta merta dan basuh mulut dengan air yang banyak.

  3. Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas lantai sementara menunggu guru anda memadamkan api itu dengan menggunakan gebar (selimut api).

  4. Jika berlaku kebakaran, anda mesti mematuhi semua peraturan kebakaran sekolah anda.

  5. Laporkan semua kemalangan kepada guru anda dengan serta merta.


KEBERSIHAN
  1. Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan dan kembalikan ke tempat asalnya.

  2. Buang semua bahan pepejal ke dalam bakul sampah dan bukannnya ke dalam sinki.

  3. Bersihkan tempat anda setelah menjalankan eksperimen. Tinggalkan makmal dalam keadaan yang bersih dan kemas.

6 comments:

  1. Thanks �� ��

    ReplyDelete
  2. langkah2 keselamatan menggunakan penunu bunsen tak cukup la.btw thank u.

    ReplyDelete
  3. And to think this webpage was created 11 years ago and now only we are reading it... and thank you for reading my comment...🙂🙃🙂 (from asyraf from year 2020

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...