Showing posts with label Makmal. Show all posts
Showing posts with label Makmal. Show all posts

Sunday, September 8, 2019

Komposisi gas Oksigen dalam udara.

Anak-anak murid tingkatan 1AM SMK Baling....riuh rendah satu kelas walaupun bilangannya tak seberapa.... semoga semuanya dapat menimba ilmu sebaiknya.... Apa yang penting merekalah yang akan menjadi cendiakawan kelak.....


Sunday, February 3, 2013

Alatan Radas

Gambar di bawah menunjukkan sejenis alatan dalam makmal kimia.Alat ini adalah unik dan tidak lagi digunakan kerana telah mempunyai penggantinya..... ada dikalangan kita yang mengetahui kegunaan dan namanya?  ...


  ....Read more.....

Best regards,

Friday, January 4, 2013

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

 Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar. 

Tugas Pembantu Makmal

Assalamualaikum....
Sempena buka sekolah tahun ini, berikut adalah penilaian untuk pembantu makmal sekolah. Harap dapat menjadi panduan semua pembantu makmal.

Tugas Pembantu Makmal



Best regards,

Wednesday, July 15, 2009

Mail Dalam Ingatan.....



Buat En Ismail Bin Saad.... selamat meneruskan pelajaran di UUM sana... semoga memperoleh kejayaan cemerlang....

Beliau merupakan Pembantu Makmal Kimia di SMKA Baling..... dan telah berpindah ke SMK Tengku Anum, Jitra, Kedah..... Selamat Belajar.... dan Menjadi Suami dan Bapa yang dedikasi....

Sunday, February 22, 2009

LANGKAH KESELAMATAN & PERATURAN MAKMAL SAINS



KEBENARAN GURU

  1. Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.

  2. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.

  3. Bahan kimia dan alat radas tidak boleh dialih dan dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
KESELAMATAN
  1. Gunakan batang mancis atau pemetik api untuk menyalakan penunu Bunsen. Setelah diguna, batang mancis mesti dipadam sebelum dibuang ke dalam bakul sampah.

  2. Jangan nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan kepingan kertas. Padam penunu Bunsen setelah digunakan.

  3. Jangan buang bahan-bahan pepejal ke dalam sink. Bahan-bahan pepejal mesti dibuang ke dalam bakul sampah.

  4. Baca label pada botol reagen sebelum digunakan.

  5. Jangan membazir bahan kimia. Ambil bahan-bahan kimia dalam kuantiti yang telah ditetapkan oleh guru anda. Jangan masukkan semula bahan kimia yang berlebihan ke dalam botol asalnya.

  6. Jangan membazir gas, air dan juga tenaga elektrik.
  7. Jangan bermain, bergurau atau berlari di dalam makmal.

  8. Jangan gunakan jari untuk mengendalikan bahan-bahan kimia. Sebaliknya, gunakan spatula untuk mengendalikan bahan-bahan kimia yang berbentuk pepejal dan penitis untuk mengendalikan bahan-bahan yang berbentuk cecair atau larutan.

  9. Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya. Oleh itu, jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia.

  10. Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. Anda juga tidak boleh makan dan minum di dalam makmal.

  11. Semasa memanaskan bahan-bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut tabung uji itu ke arah diri anda atau rakan-rakan anda.


KECEMASAN
  1. Jika asid atau alkali terkena kulit atau mata, basuh dengan air yang banyak.

  2. Jika asid atau alkali termasuk ke dalam mulut, ludahkannya dengan serta merta dan basuh mulut dengan air yang banyak.

  3. Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas lantai sementara menunggu guru anda memadamkan api itu dengan menggunakan gebar (selimut api).

  4. Jika berlaku kebakaran, anda mesti mematuhi semua peraturan kebakaran sekolah anda.

  5. Laporkan semua kemalangan kepada guru anda dengan serta merta.


KEBERSIHAN
  1. Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan dan kembalikan ke tempat asalnya.

  2. Buang semua bahan pepejal ke dalam bakul sampah dan bukannnya ke dalam sinki.

  3. Bersihkan tempat anda setelah menjalankan eksperimen. Tinggalkan makmal dalam keadaan yang bersih dan kemas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...