Friday, January 4, 2013

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

 Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar. 


4.1       Ketua Bidang Sains dan Matematik 
Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.           
            4.1.1    Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik 
a.      Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang berpengalaman.
b.      Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik.
c.      Gred jawatan DG 44.

            4.1.2    Latihan yang diperlukan

a.      Pengurusan stok.
b.      Pengendalian peralatan sains.
c.      Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains.
d.      Pengendalian peralatan   ICT.
e.      Pengurusan dan keselamatan makmal sains.

4.1.4    Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik

Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang Sains dan Matematik juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program perkembangan staf.

Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal sains adalah seperti :

a.  Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti  sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
b.   Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.
c.              Merancang dan menyediakan :
i.                         Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan
ii.                       Peraturan keselamatan
iii.                     Latihan  kecemasan dan kebakaran
iv.                   Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan
v.                     Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya
d.    Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.
e.   Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.
f.    Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
g.     Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
h.     Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.
i.     Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.
j.       Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.
k.    Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).
l.          Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.
n.  Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
o.   Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.
p.       Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.


4.2      Ketua Panitia Sains

Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan.
                
4.2.1       Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains
                Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti      berikut :

a.      Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.
b.             Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c.           Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.
d.             Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
e.      Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut :
                                                                        i.                        Pesanan peralatan dan bahan sains
                                                                        ii.                        Stok makmal sains
                                                                       iii.                        Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains
                                                                      iv.                        Kerosakan dan kehilangan
                                                                       v.                        Penyelenggaraan dan pemeriksaan
                                                                       vi.                        Kemalangan
                                                                      vii.                        Rekod penggunaan makmal sains
f.           Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
g.    Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
h.  Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.
i.        Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j.       Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k.  Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal  dan bilik sains.
l.       Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
m.   Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.
n.      Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o.    Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.
p.    Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q.     Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :
                                                                                             i.                        Pengurusan makmal dan bilik sains
                                                                                              ii.                        Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan
                                                                                       iii.                        Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain
r.       Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.
s.       Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t.         Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u.      Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

  
4.3          Guru Sains

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :
                                    
a.              Mematuhi jadual penggunaan makmal  dan bilik sains.
b.              Melaksanakan PEKA Sains.
c.              Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.
d.              Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e.     Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.
f.       Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g.    Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.
h.              Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
i.       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.


4.4          Pembantu Makmal

                4.4.1       Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

a.              Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
b.              Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada mata pelajaran sains.
c.              Lulus Bahasa Melayu.

4.4.2       Keperluan Latihan Pembantu Makmal

a.              Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran).
b.              Kemahiran menyediakan larutan piawai.
c.              Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik.
d.         Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan mikroorganisma.
e.    Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan mudah teroksida.
f.     Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya.
g.            Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan sains yang sistematik.
h.             Kemahiran mengendalikan komputer.
i.               Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan sistem paip air.
j.               Kemahiran menguruskan stok.
k.    Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan.
l.                   Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut prosedur.
m.         Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains.

4.4.3       Tugas-tugas Pembantu Makmal

                4.4.3.1    Tugas Harian

a.     Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b.       Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.
c.              Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d.        Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
e.     Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.
f.        Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.
 Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h.   Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i.                   Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j.                   Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k.               Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l.          Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m.         Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari :
                                                                                               i.            Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan
                                                                                             ii.            Menutup bekalan gas, air dan elektrik
                                                                                      iii.            Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains
                                                                                        iv.            Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua

n.  Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
o.    Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
p.              Mencuci peralatan sains yang kotor.
q.    Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.
r.    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

4.4.3.2    Tugas Semasa Cuti sekolah

a.     Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok.
b.    Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali.
c.  Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu.
d.   Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.
e.              Menghasilkan air suling.
f.                  Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.
g.              Mengecas dan discas akumulator.
h.    Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya.
i.                   Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
j.     Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
k.  Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.

l.                   Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu.
m.         Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
n.    Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.
o.    Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan.
p.              Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains.
q.     Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur.
r.     Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.
s.   Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
t.     Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan.

4.4.3.3    Tugas-tugas Lain

a.       Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
b.     Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan Matematik / Ketua Panitia.
c.     Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal.
d.              Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
e.      Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.
f.                  Membantu mengurus buku stok / inventori.
g.  Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok.
h.   Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
i.          Memasang klip buaya pada dawai.
j.     Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan sebagainya.
k.               Menajamkan alat-alat  pemotong.
l.                   Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.
m.         Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada
n.              Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
o.              Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru.
p.    Membuat catatan dalam buku kerosakan  atau pecah, kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.
q.   Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.

4.4.4       Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah
(diluluskan mulai tahun 2009)

Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Formula pengiraan kelayakan bagi :

a.              Pembantu Makmal Gred C17

b.              Pembantu Makmal Gred C22

Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kelas Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan wujud perjawatan C22 di sekolah harian biasa. (Rujuk Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009.

Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut :
                  
 c.              Pembantu Makmal Gred C26

Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal gred C26
4.5               Cadangan

Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja di makmal sains sebelum penempatan dilakukan.


Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)

1.      Merancang dan mengawal operasi makmal.
2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.
3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.
4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.
5.      Menguruskan pentadbiran makmal.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17) 

1.      Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

(a)   Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b)   Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d)   Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e)   Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f)     Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar mematuhi peraturan-peraturan ketika berada di makmal.
(g)   Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran makmal (dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot di makmal.


2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a)   Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal.
(b) Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di  tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a)   Mengklasifikasikan peralatan makmal.
(b)   Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c)   Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna.
(d)   Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali).
(e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya kanta pembesar, mikroskop)
(g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a)   Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(b)   Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar prosedur keselamatan dan kebersihan dipatuhi.
(c)   Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
(d)   Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya membersihkan radas menggunakan air suling)
(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
(f)     Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan disimpan / dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.


5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a) Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b)  Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor mengikut prosedur.
(c)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(d)   Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(e)   Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan.


Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.
2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.
3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.
4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.
5.      Menguruskan pentadbiran makmal.
6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

(a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e) Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f)  Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).

 2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a) Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b)   Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c)  Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a)  Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b)   Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c)   Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e)  Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f)  Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati.
(g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.

  
5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e)   Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

(a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
(b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.
(f)     Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g)   Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.

 Lampiran 4.3

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)


1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.
2.      Menyelia dalam urusan menyediakan dan mengendalikan bahan.
3.      Menyelia dalam urusan menyedia, menyenggara dan mengendalikan peralatan.
4.      Menyelia dan membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.
5.      Menguruskan pentadbiran makmal.
6.  Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

(a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e)  Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f)    Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).


2.      Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung dengan urusan memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


3.      Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b)  Memantau dan memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c)  Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f)    Memantau dan memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati.
(g) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4.      Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.


5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d)   Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e)   Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

(a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
(b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.
(f)     Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g)   Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.


Best regards,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...