‘Bidang Sains Bioperubatan adalah bidang yang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal, seseorang graduan Sains Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian.’(Panduan Prasiswazah, FSKB (UKM), 2004)
Petikan di atas adalah merujuk kepada kerjaya sebenar bagi seorang graduan Sains Bioperubatan iaitu sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik yang boleh bekerja di sektor awam dan swasta seperti di hospital, universiti, institut penyelidikan seperti IMR & FRIM, makmal kesihatan awam, private laboratory seperti BP Healthcare, Pathlab Healthcare dan BP Clinical Lab dan sebagainya. Ini kerana para graduannya telah didedahkan kepada pelbagai ilmu pengetahuan seperti Anatomi, Fisiologi, Entomologi Perubatan, Parasitologi Perubatan, Mikrobiologi, Patologi, Genetik, Biokimia, Farmakologi, Imnunologi dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, kerjaya dalam bidang ini tidak hanya terhad kepada dua jenis kerjaya tersebut. Berbeza dengan program lain seperti program Optometri atau program Audiologi, Sains Bioperubatan adalah satu bidang yang luas iaitu ia tidak memfokus kepada satu disiplin sahaja. Ini memudahkan para graduannya untuk bekerja di pelbagai sektor yang memerlukan kepakaran dan khidmat mereka. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
- Pegawai R&D di KIST, Masterskill atau IPTS yang lain (dalam pembangunan kurikulum / silibus Sains Kesihatan.
- Pembantu penyelidik di universiti (yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam master by research)
- Tutor/pensyarah di kolej PTPL, KIST, Masterskill, Mahsa atau IPTS yang lain
- Underwriter di Prudential, Great Eastern
- Eksekutif pemasaran (peralatan makmal) di syarikat-syarikat pembekal peralatan makmal
- Journalist, Utusan Melayu Malaysia Berhad
- Tutor di universiti awam (yang mempunyai CGPA yang baik)
Namun tidak dinafikan, persaingan dalam pasaran kerja amatlah mencabar. Oleh itu, para bakal graduan hendaklah melengkapkan diri mereka dengan sebaik mungkin dalam pelbagai aspek bukan sahaja dalam ilmu pengetahuan malah kemahiran berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris, penampilan diri yang baik dan keyakinan diri yang tinggi haruslah diberi perhatian.
No comments:
Post a Comment