Friday, February 27, 2009

TANDA KEKOTORAN HATI

3 tanda kekotoran hati ialah…

1. Dengki

Amat cepat dengki dengan rezeki dan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara dan boleh dikatakan talam dua muka.... suka menikam orang dari belakang.

2. Tamak

Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, termasuklah prasarana awam yang semua orang boleh menggunakannya tetapi ia merasakan dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.

Orang yang tamak tak pernah bersyukur dengan apa yang ada, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.

Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting... seolah-olah kalau dia tak de... semua kerja tak boleh jalan.

Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.

Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta atau pun benda yang diperkatakan itu sememangnya orang lain dah tahu.....

Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa. Biasanya boleh dikatakan PENYIBUK urusan orang lain dan kerja sendiri????? Hampehhhhhh....

Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.

Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.

Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

PERHHHHH>>> Lega rasanya....

Thursday, February 26, 2009

FUNGSI OTAK KIRI

Otak kita ada dua bahagian, otak kiri dan otak kanan. Otak kiri mengawal bahagian kanan badan manakala otak kanan pula mengawal bahagian kiri badan. Jika Anda nak memahami apa fungsi otak kiri, ia mengawal segala apa yang berkaitan dengan logik.

Antaranya seperti:

  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik

Orang yang meminati angka, nombor, suka subjek perakaunan, pengurusan wang atau meminati hal-hal teknikal komputer, dia tergolong sebagai orang yang banyak menggunakan otak kiri. Penganalisa data juga adalah orang banyak menggunakan otak kiri.

Untuk nak berjaya, Anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak kanan dan otak kiri. Jika Anda terus menerus menjadi orang yang banyak menggunakan otak kiri, pencapaian Anda statik.

Wednesday, February 25, 2009

FUNGSI OTAK KANAN

Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika Anda berjumpa dengan seorang yang pada pandangan Anda amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi otak kanan berkaitan dengan:

  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.

Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.

Jadi, jika Anda menyedari apa bakat Anda dan apa kebolehan Anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.

Petikan dari Dr Sukri Abdullah...

Sunday, February 22, 2009

KERJAYA DALAM BIDANG SAINS BIOPERUBATAN

Bidang Sains Bioperubatan adalah bidang yang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal, seseorang graduan Sains Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian.’
(Panduan Prasiswazah, FSKB (UKM), 2004)

Petikan di atas adalah merujuk kepada kerjaya sebenar bagi seorang graduan Sains Bioperubatan iaitu sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik yang boleh bekerja di sektor awam dan swasta seperti di hospital, universiti, institut penyelidikan seperti IMR & FRIM, makmal kesihatan awam, private laboratory seperti BP Healthcare, Pathlab Healthcare dan BP Clinical Lab dan sebagainya. Ini kerana para graduannya telah didedahkan kepada pelbagai ilmu pengetahuan seperti Anatomi, Fisiologi, Entomologi Perubatan, Parasitologi Perubatan, Mikrobiologi, Patologi, Genetik, Biokimia, Farmakologi, Imnunologi dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, kerjaya dalam bidang ini tidak hanya terhad kepada dua jenis kerjaya tersebut. Berbeza dengan program lain seperti program Optometri atau program Audiologi, Sains Bioperubatan adalah satu bidang yang luas iaitu ia tidak memfokus kepada satu disiplin sahaja. Ini memudahkan para graduannya untuk bekerja di pelbagai sektor yang memerlukan kepakaran dan khidmat mereka. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

  1. Pegawai R&D di KIST, Masterskill atau IPTS yang lain (dalam pembangunan kurikulum / silibus Sains Kesihatan.
  2. Pembantu penyelidik di universiti (yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam master by research)
  3. Tutor/pensyarah di kolej PTPL, KIST, Masterskill, Mahsa atau IPTS yang lain
  4. Underwriter di Prudential, Great Eastern
  5. Eksekutif pemasaran (peralatan makmal) di syarikat-syarikat pembekal peralatan makmal
  6. Journalist, Utusan Melayu Malaysia Berhad
  7. Tutor di universiti awam (yang mempunyai CGPA yang baik)

Namun tidak dinafikan, persaingan dalam pasaran kerja amatlah mencabar. Oleh itu, para bakal graduan hendaklah melengkapkan diri mereka dengan sebaik mungkin dalam pelbagai aspek bukan sahaja dalam ilmu pengetahuan malah kemahiran berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris, penampilan diri yang baik dan keyakinan diri yang tinggi haruslah diberi perhatian.

LANGKAH KESELAMATAN & PERATURAN MAKMAL SAINS



KEBENARAN GURU

  1. Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.

  2. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.

  3. Bahan kimia dan alat radas tidak boleh dialih dan dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
KESELAMATAN
  1. Gunakan batang mancis atau pemetik api untuk menyalakan penunu Bunsen. Setelah diguna, batang mancis mesti dipadam sebelum dibuang ke dalam bakul sampah.

  2. Jangan nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan kepingan kertas. Padam penunu Bunsen setelah digunakan.

  3. Jangan buang bahan-bahan pepejal ke dalam sink. Bahan-bahan pepejal mesti dibuang ke dalam bakul sampah.

  4. Baca label pada botol reagen sebelum digunakan.

  5. Jangan membazir bahan kimia. Ambil bahan-bahan kimia dalam kuantiti yang telah ditetapkan oleh guru anda. Jangan masukkan semula bahan kimia yang berlebihan ke dalam botol asalnya.

  6. Jangan membazir gas, air dan juga tenaga elektrik.
  7. Jangan bermain, bergurau atau berlari di dalam makmal.

  8. Jangan gunakan jari untuk mengendalikan bahan-bahan kimia. Sebaliknya, gunakan spatula untuk mengendalikan bahan-bahan kimia yang berbentuk pepejal dan penitis untuk mengendalikan bahan-bahan yang berbentuk cecair atau larutan.

  9. Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya. Oleh itu, jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia.

  10. Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. Anda juga tidak boleh makan dan minum di dalam makmal.

  11. Semasa memanaskan bahan-bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut tabung uji itu ke arah diri anda atau rakan-rakan anda.


KECEMASAN
  1. Jika asid atau alkali terkena kulit atau mata, basuh dengan air yang banyak.

  2. Jika asid atau alkali termasuk ke dalam mulut, ludahkannya dengan serta merta dan basuh mulut dengan air yang banyak.

  3. Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas lantai sementara menunggu guru anda memadamkan api itu dengan menggunakan gebar (selimut api).

  4. Jika berlaku kebakaran, anda mesti mematuhi semua peraturan kebakaran sekolah anda.

  5. Laporkan semua kemalangan kepada guru anda dengan serta merta.


KEBERSIHAN
  1. Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan dan kembalikan ke tempat asalnya.

  2. Buang semua bahan pepejal ke dalam bakul sampah dan bukannnya ke dalam sinki.

  3. Bersihkan tempat anda setelah menjalankan eksperimen. Tinggalkan makmal dalam keadaan yang bersih dan kemas.

Friday, February 13, 2009

Suntikan....



Pada 5 Febuari yang lalu.... semua pelajar ingkatan tiga dikenakan imunisasi di Makmal Kimia .... maka ramailah yang menunjukkan muka kesian... menagih simpati... termasuklah pelajar lelaki yang machooo..... sampaikan ada yang pengsan dan ada pulak yang mengambil kesempatan untuk ponteng kelas...Masih lagi ditakuk lama dan masih belum sedar yang peperiksaan PMR akan menemui mereka tidak lama lagi.... haruskan guru senantiasa mengingati mereka atau..... mereka sendiri harus sedar dengan keadaan tersebut...... tepuk dada tanya iman....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...