TAJUK JURNAL
Setipa jurnal ilmiah harus mempunyai tajuk yang jelas. Daripada tajuk, akan memudahkan pembaca mengetahui kandungan jurnal tanpa harus membaca keseluruhan dari jurnal tersebut. Misalnya, tajuk “Kajian kepimpinan servan pengetua”. Dengan judul seperti itu, maka tidak pembaca yang mahu membacanya karena tidak menggambarkan isi jurnal. Contoh judul yang jelas, misalnya “Jenis Data Pada Pentium Dan Power Pc” . Judul ini sudah sedikit banyak melaporkan isi dari jurnal.
ABSTRAK
Abstrak berbeza dengan ringkasan. Abstrak dalam jurnal ilmiah berfungsi untuk intipati isi jurnal. Abstrak di sini dimaksudkan untuk menjadi penjelas tanpa memebaca keseluruhan jurnal. Abstrak mengandungi kira-kiaa 250 kata yang merangkumi tujuan, metodologi, dapatan dan kesimpulan. Jangan gunakan singkatan atau kutipan dalam abstrak. Abstrak ini biasanya ditulis akhir sekali. Cara mudah untuk menulis abstrak adalah mengutip fakta penting di dalam jurnal.
PENDAHULUAN
Pendahuluan adalah pernyataan dari gap yang kita selidiki, yang memeberikan informasi kepada pembaca untuk memahami tujuan dalam kerangka teori yang lebih besar. Bahagian ini juga dapat memberikan gambaran tentang latar belakang masalah. Semua informasi latar belakang yang dikumpulkan dari sumber lain perlu dinyatakan dengan jelas.
Catatan : jangan membuat pendahuluan terlalu luas.
METHODOLOGY
Bahagian ini perlu menjelaskan cara yang telah dilakukan. Pemerhatian, peralatan, metode pengumpulan data, dan jenis pengendalian. Jika kajian dijalankan di lapangan, maka penulis perlu menyatakan lokasi, dan juga menjelaskan aktiviti yang dilakukan. Aturan umum yang perlu diingat adalah bagian ini harus menyatakan dengan jelas sehingga pembaca memiliki pengantahuan dan teknik asas agar dapat diterbitkan.
DAPATAN KAJIAN
Di sini pengkaji perlu mempamerkan data yang ringkas dengan menggunakn teks naratif, jadual atau rajah dan sebagainya. Ingat hanya hasil yang disajikan. Data yang dikumpulkan dalam jadual atau rajah harus lengkap teks naratif dan disajikan dalam bentuk yang mudah dipahami. Jangan ulangi secara panjang lebar data yang telah disajikan dalam jadual atau rajah.
PERBINCANGAN
Pada bagian ini, pengkaji menafsirkan data dengan pola yang diamati oleh pengkaji. Setiap hubungan antar variabel percobaan yang penting dan setiap korelasi antara variabel dapat dilihat jelas. Pengkaji harus menyertakan penjelasan yang berbeza dari hipotesis atau hasil yang berbeza atau serupa dengan setiap percubaan dilakukan oleh pengkaji lain. Perlu diingatkan bahawa hasil yang negatif juga perlu dijelaskan dan mungkin merupakan sesuatu yang penting dalam kajian kita.
KESIMPULAN
Bahagian ini hanya membincangkan mengenai setiap data yang disajikan dihubungkan kembali dengan pernyataan yang dinyatakan dalam pendahuluan.
RUJUKAN
Semua maklumat yang kita perolehi perlu ditulis mengikur format APA 6 edition. Rujukan ini sangat berguna untuk pembaca yang ingin merujuk pada literatur asal. Perhatikan bahawa referensi yang benar-benar disebutkan pada jurnal yang kita buat.
Sekian, semoga membantu anda untuk menyediakan junal yang baik.
Sumber Referensi : http://al-poenya.blogspot.com/2012/06/pedoman-penulisan-jurnal-yang-baik-dan.html
No comments:
Post a Comment