Tuesday, May 19, 2015

KECERDASAN PELBAGAI

Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain....



 Best regards,



Tuesday, April 28, 2015

CARA BETUL BAGI PENULISAN JURNAL

TAJUK JURNAL
Setipa jurnal ilmiah harus mempunyai tajuk yang jelas. Daripada tajuk, akan memudahkan pembaca mengetahui kandungan jurnal tanpa harus membaca keseluruhan dari jurnal tersebut. Misalnya, tajuk “Kajian kepimpinan servan pengetua”. Dengan judul seperti itu, maka tidak pembaca yang mahu membacanya karena tidak menggambarkan isi jurnal. Contoh judul yang jelas, misalnya “Jenis Data Pada Pentium Dan Power Pc” . Judul ini sudah sedikit banyak melaporkan isi dari jurnal.

ABSTRAK
Abstrak berbeza dengan ringkasan. Abstrak dalam jurnal ilmiah berfungsi untuk intipati isi jurnal. Abstrak di sini dimaksudkan untuk menjadi penjelas tanpa memebaca keseluruhan jurnal. Abstrak mengandungi kira-kiaa 250 kata yang merangkumi tujuan, metodologi, dapatan dan kesimpulan. Jangan gunakan singkatan atau kutipan dalam abstrak. Abstrak ini biasanya ditulis akhir sekali. Cara mudah untuk menulis abstrak adalah mengutip fakta penting di dalam jurnal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...