Sunday, January 27, 2013

Pengetua


Selamat berpindah tuan pengetua.... En Md Bakhari Bin Che Tam.. ke SMK Seri Enggang, Sik, Kedah.... Moga tuan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di sana.... Terima kasih atas segalanya.

Best regards,

Saturday, January 26, 2013

Management


 Best regards,

PENGURUSAN

Takrif / Definisi Pengurusan dan Pentadbiran.
Pengurusan:
1. Melaksanakan sesuatu melalui manusia.
2. Satu proses sosial dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat.
3. Melibatkan proses kemanusiaan.
Pentadbiran:
Adalah satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kesimpulan:
1. Tiada garis pemisah yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran, Boles dan Davenport (1976) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2. Wilfird Brown juga bersetuju bahawa pentadbir dan mengurus adalah satu peranan di mana kerja-kerja diagihkan kepaa pembantu-pembantu dan pengurus dan pentadbir mengambil kira hasilnya.

Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul 2013



Asal usul sambutan Maulidur Rasul - sumber klik di sini 


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Friday, January 4, 2013

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

 Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar. 

Tugas Pembantu Makmal

Assalamualaikum....
Sempena buka sekolah tahun ini, berikut adalah penilaian untuk pembantu makmal sekolah. Harap dapat menjadi panduan semua pembantu makmal.

Tugas Pembantu Makmal



Best regards,

GAUT / GOUT



Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka...

 Best regards,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...