Friday, October 30, 2009

BERITA BAIK UNTUK GURU YANG CEMERLANG

Ganjaran khas pendidik
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini. ''Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3). ''Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau. Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi. Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di seluruh negara yang mempamerkan prestasi cemerlang. ''Mana-mana sekolah, guru besar, pengetua dan guru yang menunjukkan prestasi cemerlang, layak untuk diberikan ganjaran berkenaan. ''Inisiatif ini adalah untuk memberikan ganjaran kepada warga pendidik yang komited dalam membantu kerajaan bagi membentuk sekolah berprestasi tinggi menjelang 2012,'' katanya. Menurutnya, dengan ganjaran itu, warga pendidik tidak lagi perlu memikirkan atau menunggu pemberian bonus serta kenaikan pangkat. Dalam perkembangan lain, Mohd. Puad memberitahu, kementerian itu akan mewujudkan sebuah unit khas dalam memperincikan soal pembangunan pendididkan luar bandar. ''Menerusi unit ini, kita yakin ia mampu merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar. ''Unit ini juga akan berfungsi mempertingkatkan bukan sahaja keadaan fizikal sekolah di luar bandar dari segi infrastruktur dan kemudahan malah termasuk soal pemantapan pengisian pendidikan di kawasan terlibat," jelas Mohd. Puad.

Thursday, October 29, 2009

Teknik Menjawab Soalan Kimia 1 (2009)




Pada 4 May 2009 ... Teknik menjawab soalan kimia SPM di kendalikan oleh Cikgu Zamri Bin Zainal Abidin dari SMK Baling, Beliau telah mengutarakan cara atau teknik menjawab soalan struktur dan soalan esei Bahagian B dan C kertas 2 dengan detail. Diharapkan semua pelajar dapat mengaplikasikan semua yang telah dicurahkan oleh beliau... Terima Kasih Cg Zamri...
Terima Kasih Daun Keladi
Kalau Boleh, Tahun Hadapan Datang Lagi....


Teknik menjawab ini adalah sebahagian daripada program Kem Kecemerlangan Sains SMKA Baling 2009...

Teknik Menjawab Soalan Kimia 2 (2009)


Tanggal 1 Ogos 2009, satu sesi teknik menjawab soalan telah diadakan di Dewan Utama Sekolah... Tepat jam 8.30 Allahyarham Tn. Haji Kazar Bin Mydin dari SM Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim sampai di SMKA Baling ini... bersama beberapa orang pelajar beliau. Seramai 92 orang pelajar terlibat dan 16 orang pelajar dari SMK Gulau turut serta dalam sesi tersebut.

Al-Fatihah untuk Allahyarham.....

Semua pelajar mengucapkan takziah atas semua ketentuan Allah S.W.T.

Sunday, October 25, 2009

Lesson Study

Pada hari ini Ahad 25 Okt 2009, bertempat di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2. berlangsungnya satu bengkel 'Lesson Study' bagi guru-guru mata pelajaran Kimia di seluruh negeri Kedah Darul Aman iaitu 5 orang wakil guru kimia dari setiap daerah pendidikan. Terima kasih kepada En Ahmad Sharifuddin Bin Musa, Pen Pengarah Kanan (Kimia) Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kedah, kerana telah berjaya menganjurkan satu bengkel untuk para guru kimia di negeri Kedah ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih pada Dr. Lim Chap Sam dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM Pulau Pinang dan pembantu-pembantu beliau kerana tidak bosan memberikan tunjuk ajar. Diharapkan semua yang terlibat dapat mengaplikasikan apa yang telah diperolehi semasa bengkel tersebut berlangsung.

Read more.....

Ahli kumpulan :

  1. Ramzi Bin Rahim
  2. Mohd Akhir Bin Yem
  3. Siti Shuhana Bt Shahadan
  4. Shuhaida Hani Bt Mohd Saleh

Pembentangan Post Mortem dan Headcount


Mesyuarat kurikulum diadakan di Ulu Legong, Siong, Baling Kedah.... Bukan apa akibat dari tekanan disekolah .... tuan pengetua pada masa itu Tn Syed Baharom bersetuju untuk mengadakan mesyuarat tersebut di sana. Tujuan utama meredakan tekanan yang terpaksa ditanggung oleh guru....

Read more.....

Aktiviti dianggap sangat berjaya dan mencapai objektif yang disasarkan... semua orang bergembira dan "release tension" tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan pada masa ini... semoga SMKAB terus sukses....

KEM KECEMERLANGAN SAINS 2007


Kem Kecemerlangan Sains yang diadakan di Pulau Tali Kail, Tasik Temenggor, Banding, Perak Darul Ridzwan....

Read more.....

Ini adalah merupakan kem Kecemerlangan Sains kali yang ke dua

Koridor Maklumat






Koridor Maklumat di semua tiang di sekolah

Read more.....

Sejauh manakah maklumat ini dimanafaatkan oleh pelajar????

Friday, October 16, 2009

KEM KECEMERLANGAN SAINS


Gambar hiasan... bersama pelajar SPM 2006 di Pulau Tali Kail, Tasik Banding, Perak. Kepada pelajar yang dalam gambar sila lawat FB Sir....


Guru membimbing pelajar dalam LDK slot Kimia dalam Program Kem Kecemerlangan Sains Anjuran Panitia Sains, PIBG dan Asrama SMK Agama Baling.

SPM 2009

Peperiksaan SPM pada tahun 2009 akan bermula pada 19/11/2009 sehingga 16/12/2009 (selama 27 hari para pelajar akan menduduki peperiksaan awam ini InsyaAllah. Kalau diikutkan hanya tinggal sebulan sahaja lagi! Latih tubi adalah langkah terbaik untuk mengukur kemampuan pelajar dalam pencapaian SPM kelak.. Latih tubi mestilah berfokus dan berbimbing agar miskonsep dapat diperbetulkan. Selalulah berjumpa guru anda. Ingat ANDA HARUS MENGEJAR GURU BUKAN GURU MENGEJAR ANDA..

Subjek Kimia SPM pula ianya akan bermula pada Selasa 8 Disember 2009.

Read more.....

Doa dan restu Sir senantiasa bersama semua pelajar... Insya Allah... "Aim For A In Chemistry"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...