Sunday, October 25, 2009

Lesson Study

Pada hari ini Ahad 25 Okt 2009, bertempat di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2. berlangsungnya satu bengkel 'Lesson Study' bagi guru-guru mata pelajaran Kimia di seluruh negeri Kedah Darul Aman iaitu 5 orang wakil guru kimia dari setiap daerah pendidikan. Terima kasih kepada En Ahmad Sharifuddin Bin Musa, Pen Pengarah Kanan (Kimia) Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kedah, kerana telah berjaya menganjurkan satu bengkel untuk para guru kimia di negeri Kedah ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih pada Dr. Lim Chap Sam dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM Pulau Pinang dan pembantu-pembantu beliau kerana tidak bosan memberikan tunjuk ajar. Diharapkan semua yang terlibat dapat mengaplikasikan apa yang telah diperolehi semasa bengkel tersebut berlangsung.

Read more.....

Ahli kumpulan :

  1. Ramzi Bin Rahim
  2. Mohd Akhir Bin Yem
  3. Siti Shuhana Bt Shahadan
  4. Shuhaida Hani Bt Mohd Saleh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...