Tuesday, May 17, 2011

Kenaikan Pangkat Guru 2012

sekadar berkongsi bersama semua guru di luar sana..mungkin ada yang belum sempat tahu..

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

Best regards,

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HATI GURU.....

Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan berita penting untuk guru-guru pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan nanti yang diadakan di Kuching, Sarawak.

Mulai 13 hingga 16 Mei, Festival Hari Guru 2011 diadakan di Tebingan Sungai Kuching sempenana perayaan kali ini. Katanya kartunis Ujang juga akan turut berada di sana. Kawan-kawan yang berdekatan dan peminat-peminat Ujang bolehlah singgah nanti.

Sepanjang hidup ini kita belajar dari ramai orang dan alam secara formal atau tidak formal. Guru yang pertama sudah semestinya ibu kita sendiri yang banyak mengajar dan memberi nasihat bagaimana mahu menjalani hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

tugasku kini sebagai guru setiap hari membelek buku jam tujuh sudah memandu pulangnya nanti pukul satu kerja cikgu memang begini pulang kerja di tengah hari tapi petang ke padang lagi bertugas juga di hari cuti guru ada bermacam ragam guru jernih guru yang kelam ada yang lucu siang malam ada juga berperangai kejam guru hanya seorang manusia salah dan silap ada menjelma boleh ditegur usahlah dihina kalau bersalah dihukum juga aku memang seorang guru juga belajar daripada kamu maknanya kita sama begitu bersama-sama menjadi guru

Sampai sekarang dan bila-bila pun kita akan belajar. Di rumah, di surau, di kedai kopi malah belajar di internet juga. Siapa yang meminati blog pastinya belajar bagaimana cara blogging yang betul daripada sahabat blogger. Sebenarnya saya nak katakan, sahabat semua adalah guru kepada saya. Tak gitu ke? :D

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Guru. Tema sambutan tahun ini ialah Guru Penjana Tranformasi Negara. Sama-samalah kita tunggu pengumuman penting dari Menteri Pelajaran pada Hari Guru nanti. Selamat Hari Guru untuk semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...